08 September 2020

BILA NOURUL USIK AJAI: "BUNYI KAT TV BUAT AKU NAK BAGI DUA PERATUS JUGA..."



Baru-baru ini, ada seorang peminat mahu penyanyi Nourul Depp menjadi salah seorang juri jemputan program realiti nyanyian Big Stage 2020: "Harap depa panggil Nourul jadi juri jemputan selepas ni... mesti best," tulis pengikut berkenaan.

Nourul mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk terlibat dalam Big Stage 2020 sebagai juri jemputan. Bagaimanapun, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut atas alasan tertentu.

"Ada depa (mereka) panggil tapi kami (saya) tak boleh (beri komitmen) Ahad malam. Kami tak keluar malam jauh-jauh. Kami tak mahu buat, fokus dah ke lain.

"Faizal Tahir berkaliber... tengok sekerat (sebahagian) semalam. Berhenti lepas tu sebab bunyi kat (di) televisyen buat aku rasa nak bagi dua peratus juga! (usik-usik)," katanya menerusi ruangan komen di Instagram milik Sherry Al-Hadad. 

Klik untuk gambar besar


 www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: