08 September 2020

"TAK PERLU PROVOKE... SAYA OKEY SAJA" - MK CLIQUE MALAS LAYAN VIDEO 'MINTA KISS' KELUAR LAGI



Sejak Ahad lalu, video lama aksi manja penyanyi rap MK bersama anggota kumpulan K-Clique yang lain kembali menjadi bualan netizen sejak Ahad. Perkara tersebut seakan sengaja mahu mencetuskan provokasi.

Paparan skrin daripada video yang pernah dikongsikan pada 2019 itu dikongsikan semula menerusi Twitter: "Ini ke pujaan hati perempuan semua?" tulis pengguna tersebut.

Bagimanapun MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, ketika dihubungi berkata dia enggan terpedaya dengan cubaan provokasi terhadapnya. 

Klik untuk gambar besar

"Saya malas dah nak layan benda tu. Tak perlu la provoke benda tu lagi. Saya okey saja apa orang nak cakap fasal saya. Saya tak nak komen apa-apa lagi tentang perkara ini.

"Saya tak kisah apa orang buat pada kami kerana yang penting K-Clique selamat, kerja kami okey dan InsyaAllah rezeki lebih luas," katanya. 

Terdahulu, MK turut menulis di Instastory berhubung perkara berkenaan: "Macam-macam cara orang guna mahu jatuhkan, memburukkan dan sebagainya. Tapi tak apa, saya okey. Buat apa kamu buat, InsyaAllah menjadi rezeki yang baik untuk saya," tulisnya.

Bukan itu sahaja, MK juga tidak malu berkongsi pautan video berkenaan untuk tatapan umum. Sebelum ini, MK turut pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk ketika penyanyi itu dicium seorang wanita ketika wefie bersama peminat.

Ia disusuli dengan isu muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu yang didakwa berunsur lucah gara-gara lirik double meaning yang digunakan mereka di dalam lagu-lagunya. Bukan itu sahaja isu mengaitkan MK yang memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas turut hangat diperkatakan netizen.



www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: