Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik Nur Sajat telah memuat naik foto dan video yang merakamkan aksi dirinya yang mengenakan gaun ala pengantin dalam rona putih lengkap bunga tangan.
Posting tersebut telah mendapat perhatian dan mengundang telahan pelbagai di kalangan pengguna media sosial.
Malah menerusi satu entri video, Sajat yang pernah muncul menerusi single 'Makhluk Penggoda' itu juga seolah-olah membayangkan hari bahagianya akan tiba tidak lama lagi: "Nantikan hari bahagia saya...," tulisnya pada video yang dikongsi.
Bagaimanapun, tiada pengesahan atau perincian lanjut yang diberika Sajat setakat ini.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nur Sajat
________________________

No comments:
Post a Comment