22 September 2020

ISTERI FAZLEY YAAKOB SELAMAT DIBEDAH BUANG CYST: "BENJOLAN MEMBESAR DALAM 48 JAM"



Isteri kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Ahmad menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu yang dia selamat menjalani pembedahan pembuangan cyst yang dikesan terdapat di bahagian belakang badannya semalam.

Menurut Azrene, kesakitannya mula dirasai pada hujung minggu lalu selepas terdapat benjolan pada bahagian belakang badannya: "Satu pengalaman mengerikan pada hujung minggu apabila satu benjolan membesar di belakang badan dalam tempoh 48 jam.

"Sakitnya sukar digambarkan! Pada pagi Isnin, saya tak dapat menahan diri daripada menahanan kesakitan walau lima minit sehingga menggigil.

"Jadi, saya pergi ke klinik rakan sebelum dimaklumkan terdapat cyst dan perlu dibuang," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri tersebut, Azrene turut berkongsi gambar rakaman ketika dirinya menjalani satu proses pembedahan kecil. Begitupun, katanya, dia kini dalam proses untuk pulih sepenuhnya sebelum boleh kembali semula bekerja.

"Sekarang saya dah berasa lega selepas menjalani pembedahan kecil. 10 hari tanpa hiking atau buat aktiviti berat, 10 hari tanpa perlu hadap tekanan kerja. Badan saya memerlukan tempoh berehat yang cukup untuk baik pulih sepenuhnya, doakan saya," katanya.

Kata Azrene lagi, dia kini juga cuba untuk membiasakan diri daripada tidak melakukan sebarang kerja buat sementara waktu walaupun ia sesuatu yang sukar kerana sudah menjadi kebiasaan bergerak aktif setiap hari: "Saya tak tahu bagaimana saya nak duduk diam sahaja tanpa jalani rutin sibuk seperti biasa," katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar dirinya kembali segera sembuh. Sebagai info, Azrene mendirikan rumah tangga dengan Fazley pada 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datin Azrene Ahmad & Datuk Fazley Yaakob

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: