09 September 2020

DIDAKWA BUKA TUDUNG SELEPAS JADI SENATOR - INI JAWAB RAS ADIBA



Selepas dilantik menjadi senator di Dewan Negara, bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi tampil dengan penampilan baru dimana ia menjadi perhatian ramai apabila didakwa kembali membuka tudung.

Bagaimanapun, Ras menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa sebelum ni dia memang tidak bertudung tetapi hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepala.

Ras tampil memberikan penjelasan apabila ditanya oleh salah seorang netizen di laman Instagramnya berhubung imejnya terkini yang dilihat sudah tidak menutup bahagian rambutnya.

"Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa," jawabnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, akaun Instagram Ras dikemaskini dengan imejnya bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban. Pada 2013, Ras mula tampil dengan imej berturban dan menutup sebahagian besar kepalanya ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.

Untuk makluman, Ras telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohamed Azam Ali pada Mac 2019. Ras yang merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral telah mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Negara pada 20 Mei 2020 berkuat kuasa selama tempoh tiga tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Ras Adiba

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: