Baru-baru ini, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Noor Neelofa dilihat memuat naik kembali foto yang telah disunting menerusi laman Instagram.
Malah difahamkan, ruangan kapsyen juga turut diubah menerusi foto yang merakamkan aksinya yang sedang berposing dengan teropong.
"When you're looking for love and beauty in each other and ( swipe ) Allah Almighty blessed you with more than what you asked for," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi ruangan komen, ada peminat yang perasan akan perubahan foto tersebut yang mana ia telah disunting kembali pada bahagian lengan figura asal Kelantan itu. Malah, ada di antara mereka yang memuji tindakan yang diambil Neelofa.
Terdahulu, penampilan bekas hos program MeleTop itu yang dikatakan sudah mula kerap mengenakan 'inner' dan stoking selain bertudung menutupi dada menerima respon positif ramai.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Noor Neelofa
________________________

No comments:
Post a Comment