17 September 2020

TAMPIL DENGAN PERSALINAN PARAS LUTUT DI MELETOP - MIMI LANA DITEGUR NETIZEN



Pelakon Mimi Lana dilihat sering berpakaian mengikut citarasanya sendiri. Bahkan kalau menjengah ke laman Instagram pelakon 'Cari Aku Syurga' itu, banyak sahaja fesyen unik yang digayakan olehnya dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai itu telah menghiasi rancangan 'MeleTOP' sebagai pengacara jemputan di samping Nabil Ahmad. Namun begitu, ramai meluahkan rasa tidak senang dengan penampilan dikenakan oleh Mimi Lana pada malam itu.

Tampil dengan gaun paras lutut dihiasi corak abstrak, kebanyakan netizen meninggalkan komen meminta supaya pihak produksi lebih peka terhadap pemakaian pengacara memandangkan rancangan itu ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

Bahkan perkara ini bukan sahaja dibangkitkan pada entri rasmi program 'MeleTOP', malahan komen yang sama turut ditinggalkan pada entri yang dimuat naik oleh Mimi Lana di laman Instagram miliknya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi Lana agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.

Pun begitu, pelakon wanita tersebut sepertinya menerima teguran yang ditinggalkan pengikut selain berjanji akan lebih menjaga penampilannya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung. Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem 'Pusaka' ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.












www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan, Instagram Mimi Lana & MeleTOP

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: