17 September 2020

AINAN TASNEEM AKUI CEPAT MENGAH MENGANDUNG ANAK KEMBAR: "BARU 6 BULAN..."



Penyanyi Ainan Tasneem yang kini sedang mengandung anak kembar itu menerusi laman Instagramnya telah berkongsi perkembangan dirinya dan pengalaman mengandung kali kedua ini. Katanya, mengandung anak kembar kali ini cukup berbeza apabila dirinya berasa lebih cepat letih.

"Berat makin naik, perut makin besar. Setiap kali berjalan sekejap sahaja sudah rasa mengah. Baru enam bulan mengandung sudah rasa macam ni. Tak tahulah sudah sembilan bulan nanti macam mana," kongsinya.

Bahkan, katanya, saiz kandungannya yang baru berusia enam bulan sekarang juga seolah-olah seperti wanita yang sedang menunggu hari bersalin

"Memang beza sangat rasa mengandungkan anak kembar ni kan. Kalau dulu masa Salsabiela saiz perut macam ni, Ainan sudah lapan atau sembilan bulan mengandung dah," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung anak kembar: "Saya pun macam tu mengandung kembar enam bulan macam sembilan bulan. Mengah penat sangat.

"Sudah hujung-hujung lagi besar perut. Pengalaman sendiri. - "Semoga dipermudahkan bersalin anak kembar. Welcome to the club! Bolehlah follow Kelab Kembar Malaysia kongsi pengalaman," komen sebahagian peminatnya.

Sebelum ini, pada bulan lalu, Ainan mengumumkan bahawa dirinya kini mengandung anak kembar. Ainan mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017. Pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ainan Tasneem

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: