17 September 2020

SAMBUT ANNIVERSARY KE-4 - INI UCAPAN SAHARUL RIDZWAN BUAT ISTERI



"Tak pandai pulak saya nak sweet-sweet kali ini. Mungkin anak dua dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang 'rasa' tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza. Sudah empat tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur.

"Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ini sampailah ke akhir hayat nanti," tulis pelakon Saharul Ridzwan yang melayangkan ucapan khas buat isteri tercintanya sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang keempat.

Begitupun, kata Saharul, tahun ini sedikit berbeza kerana tiada ucapan 'sweet' yang diberikan kepada isterinya seperti kelaziman. Dalam enti tersebut, Saharul turut berkongsi momen ketika dirinya dan isteri meraikan hari istimewa tersebut yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Klik untuk gambar besar


Katanya lagi, dia juga akan sentiasa cuba untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik buat keluarganya: "Mungkin doa dan perlakuan saya untuk menjadi suami dan ayah pada anak-anak kita adalah perkara paling berharga yang boleh saya buat untuk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah.

"Dalam mencari kesenangan dunia, saya doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. Insya-Allah. Love you till Jannah, kena usaha untuk sampai ke Jannah" @deenaemir," coretnya.

Untuk makluman, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Menerusi perkahwinan tersebut, Saharul dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: