30 September 2020

FOTO SAIFUL APEK & SABRINA ALI 'BERNIKAH' - BETUL ATAU LAKONAN?



Baru-baru ini, pelakon dan juga pelawak, Saiful Apek menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik sebuah foto dia berbaju Melayu berona putih di samping pelakon Sabrina Ali yang manis berkebaya.

Malah, Sabrina turut memuat naik foto yang sama di ruangan Instagram masing-masing. Dengan kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga, gambar tersebut ternyata telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat kedua-dua selebriti ini.

Dalam pada itu, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff yang dihubungi media hanya tampil memberi jawapan ringkas mengenai foto mesranya bersama Sabrina.

"Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti. Tiba masanya nanti, Insya- Allah," ujarnya. 

Klik untuk gambar besar



Ketika meninjau ruangan Instagram milik Saiful, dia dilihat banyak berkongsikan foto-foto mesra di media sosial itu bersama pelakon cantik itu sejak beberapa hari lalu.

Untuk makluman, Saiful pernah berkahwin sebelum bercerai dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Jika benar bukan lakonan, tahniah diucapkan. Kalau berjodohan pun tak apa, dua-duanya masih bujang. Apa-apapun, nantikan penjelasan lebih lanjut Saiful mahupun Sabrina tidak lama lagi.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak, Instagram Saiful Apek & Hlive

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: