21 September 2020

HADIR SEDONDON DENGAN NEELOFA CETUS SPEKULASI - INI JAWAB PU RIZ



Dek kerana keberadaan pelakon dan pendakwah bebas PU Riz di majlis perkahwinan adik Noor Neelofa pada Ahad lalu, pelbagai spekulasi yang timbul. Lebih menghairankan apabila PU Riz tampil mengenakan baju Melayu sedondon dengan keluarga Neelofa.

Malah, menerusi laman Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji 'love'.

Tampil menjawab spekulasi tersebut, kata PU Riz keberadaannya di majlis tersebut sekadar untuk memenuhi undangan untuk membacakan doa: "Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja," jelasnya kepada Gempak.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja. Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: