22 September 2020

SYAMSUL ENGGAN KOMEN ISU RUMAH TANGGA - YUSOF HASLAM & ISTERI DOAKAN TERBAIK



Sebelum ini muncul desas-desus mengatakan bahawa rumah tangga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah kini goyah, selepas Puteri Sarah dilihat telah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak baru-baru ini ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya.

Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka. Dalam masa sama, Syamsul memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

"Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga," jelasnya.

Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di laman Instagram, dia tegas enggan memberi komen. Apapun, Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Klik untuk gambar besar


Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.


Sementara itu, susulan keadan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah, bapa pengarah filem itu, Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.

Yusof ketika dihubungi memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.


"Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

"Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

"Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik," kata Yusof.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar, Instagram Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: