26 September 2020

HAMIL 8 BULAN - YANA SAMSUDIN & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Menerusi satu entri yang dimaut naik di laman Instagram, suami kepada pelakon Yana Samsudin, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari memberitahu yang mereka bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hamil lapan bulan.

"Nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan selepas tiga tahun menunggu dan usaha. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua," katanya.

Katanya, Yana dijangka melahirkan anak kedua mereka pada bulan depan. Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


"Wah, tahniah! Tak perasan pun Yana mengandung, pandai sorok," komen @one.neey - "Tahniah Mateen nak dapat adik dah," komen @umierosmawati.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah memberi bayangan mahu menambah anak lagi sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Untuk makluman, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fadzil Zahari & Yana Samsudin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: