"Ada tiga atau empat orang... saya tak tipu!" demikian kata ratu dangdut Malaysia, Mas Idayu yang memberitahu dia ditemani beberapa pengawal peribadi untuk menjaganya jika dia memakai aksesori mahal.
Ini kerana kata Mas Idayu, dia amat meminati perhiasan diri dan pernah menggayakan aksesori bernilai jutaan ringgit. Ujar Mas Idayu, aksesori itu akan digayakannya ketika menghadiri majlis tertentu dan ada kalanya ia mencecah puluhan ribu ringgit.
"Set ini bernilai RM30,000... saya bukan 'datin-datin' tapi kalau ada kerja seperti ini (majlis hiburan) selalunya di tangan (perhiasan) saya mesti sesuatu yang berharga. Nampak saja macam aksesori tapi benda itu sangat berharga," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Mas Idayu
________________________

No comments:
Post a Comment