26 September 2020

AL-FATIHAH - IBU CHEF ZAM KEMBALI KE RAHMATULLAH



Selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan berita sedih dimana ibunya, Chik binti Minah telah meninggal dunia lewat malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kota Damansara.

"Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi. Saya mohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ma Saya.

"Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur & merempat kan rohnya bersama para Syuhada. Amiiiin YRA.

"Jenazah sekarang berada di Surau As Salam Seksyen 4 Kota Damansara. Inshallah jenazah Ma Saya akan dimandikan pada jam 8am, disolatkan di sini & disimpan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, tulis Chef Zam.

Klik untuk gambar besar


Menurut Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, arwah dimasukkan ke hospital berkenaan akibat masalah cirit birit dan pada mulanya disyaki pneumonia.

Allahyarham Chik Minah yang menghidap Pneumonia sudah beberapa hari dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.

Difahamkan, jenazah ibu Chef Zam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada hari ini. Salam takziah daripada kami buat Chef Zam sekeluarga.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Chef Zam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: