Aksi secara spontan anak Siti Aafiyah yang beberapa kali cuba mencium perut ibunya baru-baru ini bukan hanya mendapat komen positif, malah ada juga komen negatif.
Ini kerana, apa yang kelakarnya, ada juga netizen yang berseloroh mengenai video tersebut sebagai sesuatu yang mencuit hati. Dakwa mereka, Aafiyah mungkin sekadar mahu mencium dan itu bukan menandakan Tokti hamil.
"Nasib baik Aafiyah tak cium perut dato K...hmmm," tulis mereka bergurau.
"Lepas ni Mira Filzah pun nak mengandung jugakkkk.. tapi laki dia la cium perut dia," tambah netizen seolah mengusik.
"Bukan pregnant tu.. si afiiyahh nak nen*n ibu dia ...tengok pun tau," usik segelintirnya dengan nada nakal.
"Takkan mengandung aktif berbasikal?" soal mereka lagi.
Klik untuk gambar besar
Namun, ada juga yang memberi ucapan tahniah: "Alhamdulillah.... Tahniah Dato CT. Aafiyah dapat adik."
"Rasanya tok ti memang hamil... sebab tok ti ada buat rawatan IVF lagi. Semoga dipermudahkan urusan tok ti dan mudah bersalin. Aafiyah happy nak dapat adik," komen yang lain pula memberi fakta bernas.
Malah ada yang mendakwa, jika benar Tokti hamil anak kedua... pasti jalan ceritanya akan bertambah panjang nanti. Maklumlah Aafiyah pun hingga sekarang masih banyak gelagat yang mahu ditampilkan.
Ha ha... macam-macam ragam netizen kalau memberi komen kan? Sabar jelah Tokti... Heh!
KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO AAFIYAH CIUM PERUT TOKTI
________________________

No comments:
Post a Comment