09 September 2020

ISU DIDAKWA HINA - SITI SARAH JUMPA WAKIL ORANG ASLI MOHON MAAF



"Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekali lagi kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia yang terguris dengan kata-kata saya. Saya bersyukur kedatangan saya dialu-alukan dan disambut baik.

"Tak tergambar perasaan ini apabila mereka terima permohonan maaf saya dengan hati terbuka. Tak tenang hati ini selagi tidak bersemuka dan memohon maaf.

"Apatah lagi keluarga saya sendiri sangat rapat dengan masyarakat Orang Asli," demikian kata penyanyi Siti Sarah yang mengambil keputusan bertemu wakil masyarakat Orang Asli untuk memohon maaf secara terbuka berhubung kenyatannya yang didakwa menghina Orang Asli yang mengundang kemarahan ramai pihak.

Sarah berkata dia meluahkan rasa syukur kerana komuniti tersebut sudi menerima permintaannya untuk bertemu. Ujarnya, hatinya tidak tenang selagi tidak dapat bersemuka untuk memohon maaf.

Jelas Sarah lagi, dia akui terlepas kata dan tiada niat langsung untuk menghina mana-mana pihak, malah dia sendiri mempunyai seorang adik angkat daripada masyarakat Orang Asli.

Klik untuk gambar besar


"Tidak terlintas langsung di hati ini untuk menghina kerana saya sendiri memiliki adik angkat dari suku kaum ini, yang bernama Rainbow.

"Atuk dan nenek saya juga sangat rapat dengan mereka ini, jadi untuk apa saya menghina? Saya kesal gara-gara terlepas kata, ramai pihak terguris," tuturnya.

Dalam pada itu, Sarah menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia cuba melarikan diri, sebaliknya dia tidak mahu isu tersebut diperbesarkan.

"Selama ini saya cukup-cukup menjaga kandungan media sosial saya. Saya berdiam bukan kerana mahu bersikap lempar batu sembunyi tangan, sebaliknya tidak mahu isu diperbesarkan.


"Saya mengakui insiden ini banyak mengajar saya dalam menjaga kata-kata, berhati-hati memilih kawan dan dengan siapa saya bercakap," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan nasihat dan kata-kata positif buat dirinya.

"Saya ada menerima pesanan peribadi daripada seorang Tok Batin yang menasihati saya supaya memohon maaf secara terbuka (menerusi video) termasuk beberapa yang lain.

"Terima kasih kerana menegur saya. Saya harap permohonan maaf sekali ini dapat mengekalkan hubungan baik sesama kita seperti sebelum ini," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: