22 September 2020

ISU 'GELANG PINK' - CHAZY MOHON MAAF, AKUI SEMUA BERLAKON: "HANYA SYOK-SYOK SAHAJA"



Berhubung video dirinya membuat gurauan mengenai memakai gelang pink di tempat awam yang tular sejak minggu lalu, personaliti media sosial, Chazy Nash menerusi laman Instagram miliknya tampil membuat permohonan maaf terbuka.

Jelasnya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak sebaliknya hanya lakonan semata-mata: "Hari ni saya nak cakap pasal video gelang pink yang tengah tular sekarang ni.

"Pertama sekali saya nak minta maaf, saya tak boleh nak salahkan korang semua jika tak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham... Tapi saya lihat ramai yang salah faham bahawa video ini prank di tempat awam.

Klik untuk gambar besar


"Untuk pengetahuan semua itu bukan video prank. Semua berlakon, 100 peratus staged termasuk orang di sekeliling, semua kawan-kawan dan buat di set lakonan.

"Saya buat video itu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Video itu hanya syok-syok sahaja. Sebab content saya kebanyakannya macam tu. Tapi apapun saya tetap nak minta maaf kepada korang semua sebab buat ramai orang duduk tak senang," tulisnya di Instagram.


Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.

Rentetan itu, ramai juga yang beranggapan tindakan itu agak keterlaluan sehingga wujud pengikutnya yang tampil mempersoalkan mengapa perkara tersebut boleh berlaku kerana beliau dilihat berkelakuan seperti mahu memperlekehkan pihak tertentu.

Malah, ada juga yang merasakan jenaka itu tidak bersesuaian kerana mengaitkan isu sensitif dan kesihatan.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: