22 September 2020

ISTERI SUFI: "SEMUDAH BELI ANAK KUCING, ESOK SAYA BELI... AKU TAK MENGANDUNG KAU YANG BITTER"



Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof menerusi Insta Stories miliknya tampil menegur sikap seorang wanita yang menghantar mesej tidak beradab menyentuh soal cahaya mata.

Nurulain, 29, yang menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan penyanyi Sufi Rashid itu berkata, dia tidak tersinggung dengan kenyataan individu tersebut namun baginya, soal anak hanya Allah yang lebih mengetahui.

"Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter. Tak macam bertanya pun kan guys kan?

"Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak. Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan.

Klik untuk gambar besar


"Saya pun tak da hak nak soal kenapa saya takda anak, inikan pula awak nak tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!" kata Nurulain menerusi Instastory miliknya.

Nurulain turut memuat naik beberapa paparan mesej individu tersebut yang menjelaskan dia hanya sekadar bertanya dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan pasangan itu.

Bagaimanapun, individu tersebut memohon maaf dan menganggap tindakannya menghantar mesej secara peribadi itu lebih baik berbanding meninggalkan komen secara terbuka di laman Instagram Nurulain.


Dalam pada itu, Nurulain memberitahu wanita tersebut tidak sepatutnya bertanyakan soalan sensitif berkaitan zuriat kerana ia perbuatan yang biadab.

"Benda itu tak ada apa pun. Saya rasa macam wanita itu rude (biadab). Bila orang rude, saya cakap la dia rude. Mungkin awak boleh baca semula, letakkan diri awak sebagai orang lain dan baca mesej itu.

"Apa yang awak rasa. Kalau awak rasa macam tak patut cakap, jangan buat lagi," ujar Nurulain yang mendirikan rumah tangga dengan Sufi, 29, yang juga juara Akademi Fantasia 2015 itu pada 21 September tahun lalu.

Terdahulu, Sufi yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 itu mengkui sering diasak mengenai soal anak namun perkara itu tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: