22 September 2020

AIDIL KONGSI FOTO TERKINI FASHA - NETIZEN TERTANYA-TANYA, 'DAH TAK BERTUDUNG KE?'



Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Aidil Aziz telah berkongsi foto percutian mereka sekeluarga di Pulau Pinang.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dan menimbulkan tanda tanya segelintir netizen apabila isteri Aidil, pelakon Fasha Sandha dilihat tidak mengenakan tudung.

Sebelum ini, Fasha dikatakan mula memakai tudung sejak bulan Ramadan yang lalu dan sering berkongsi gambar-gambar memakai tudung di Instagram miliknya.

Kali pertama Aidil memuat naik gambarnya bersama Fasha tanpa mengenakan tudung pada dua minggu lalu ketika Selangor dilanda krisis air.

Klik untuk gambar besar


Segelintir peminat turut bertanyakan hal tersebut pada ruangan komen tetapi tidak dijawap oleh Aidil. Manakala di Instagram Fasha pula, kali terakhir dia memuat naik video promosi produk beberapa hari lalu, Fasha masih kelihatan mengenakan hijab.

Untuk makluman, Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata Aisha Amaira yang baru berusia sebulan.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aidil Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: