27 September 2020

ISU 'GELANG PINK' - CHAZY NASH TEBUS KESALAHAN, BANTU ORANG MEMERLUKAN MASA COVID-19



"Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ❤️. Assalamualaikum semua. Apa habaq? Saya harap semua sihat lah dan sentiasa dijauhkan dari Covid-19. #KITAJAGAKITA ! Ok, saya takmau cakap banyak. Oleh sebab PKPD Kota Setar baru tamat tengah malam semalam, jadi hari ini saya nak turun ke Alor Setar walaupun semalam masih ada 7 kes. Takpa, saya ambil risiko ni.

"Tujuan saya nak ke sana sebenaqnya saya ada satu kempen bersama satu brand ni, depa nak bagi sumbangan makanan kepada rumah anak yatim. Jadi saya nak ambil kesempatan ini, untuk nak bagi sumbangan ikhlas daripada pihak saya sendiri. Dengan apa yang telah terjadi, ramai orang mengecam saya atas perbuatan saya dimana saya post video yang buat ramai marah!

"Saya berharap ampa semua tau lah bahawa saya tak berniat pun. Niat nak hiburkan orang sahaja. Tapi saya tetap nak minta maaf sekali lagi. Saya terima kesalahan saya. Selepas ini kalau saya nak buat content lagi, saya kena lebih berhati-hati. Jadi untuk nak tebus kesalahan saya dan prihatin dengan keadaan sekarang, saya nak bantu orang yang tengah memerlukan time2 Covid-19 ni. Terutamanya anak-anak yatim dan rumah anak yatim tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Sebagai 'Influencer', saya kena tunjuk contoh yang baik lah supaya ramai orang ikut saya, tolong menolong orang juga. Saya ni seorang yang merapu, jadi content pun kadang2 ter-merapu juga. Maaf ya? Kali ni benda baik, harap-harap ramai lah yang ikut," demikianlah kata personaliti media sosial, Chazy Nash menerusi satu entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, tular aksi Instafamous itu yang memakai 'gelang pink' di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen. Video tersebut menimbulkan kontroversi dan turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai. Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.


www.myartis.com / Sumber: Instagram Chazy Nash

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: