27 September 2020

SAKIT DADA MAKIN MENJADI-JADI - AIDT NOH DISAHKAN ADA MASALAH PARU-PARU BERAIR



"Selepas rasa sakit dada tiba-tiba muncul, saya terus merujuk ke klinik dan hanya diberikan ubat tahan sakit. Pada malam hari yang sama, rasa sakit makin menjadi-menjadi dan saya terus ke PPUKM.

"Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan saya ada masalah paru-paru berair dan perlu menjalani pembedahan," kata pelakon Aidit Noh yang menjalani pembedahan malam semalam selepas disahkan menghidap masalah paru-paru berair.

Aidit, 27, ketika dihubungi berkata, dia mengalami sakit dada pada Jumaat lalu dan ditahan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Klik untuk gambar besar


Katanya lagi, keadaan kesihatannya hari ini semakin stabil, namun masih perlu berada di bawah pemantauan: "Alhamdulillah, hari ini keadaan saya dah makin stabil. Cuma, saya perlu terus ditahan di wad kerana masih dipantau oleh doktor," tuturnya.

Aidit juga memohon peminat-peminat supaya mendoakan kesihatannya supaya kembali pulih dan dapat kembali bekerja. Terbaru, Aidit baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 'Rudy vs Jolie'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aidit Noh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: