20 September 2020

JUMAAT LALU - ZAMARUL & DIANA SELAMAT TIMANG ANAK LELAKI



"Alhamdulillah.. Hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh. Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami.

"Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda," demikian tulis pelakon Zamarul Hisham.

Zamarul memaklumkan berita gembira dimana isterinya yang juga pelakon Diana Rafar selamat melahirkan anak ketiga iaitu seorang bayi lelaki pada hari Jumaat lalu pada pukul 11:33 malam di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital.

Pelakon ini berkongsi berita gembira tersebut pada satu entri dengan memuat naik tiga keping gambar bersama putera yang masih belum dikongsi namanya itu.

Klik untuk gambar besar


Zamarul yang tidak menyangka cahaya mata barunya itu lahir lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam masa sama, Zamarul turut berterima kasih kepada keluarga, teman dan peminat yang turut mendoakan isterinya itu.

"Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb rupa-rupanya dia nak hari Jumaat jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan," kata Zamarul lagi.

Zamarul dan Diana turut menerima ucapan tahniah daripada teman-teman selebriti dan peminat-peminat. Sebelum ini, Zamarul dan Diana dikurniakan dua orang anak iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, nstagram Zamarul Hisham & Diana Rafar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: