20 September 2020

IBU JALANI PEMBEDAHAN MAJOR SELAMA 11 JAM - NADZMI ADHWA MOHON DOA



Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Nadzmi Adhwa memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu pembedahan awal pagi semalam.

Menurut Nadzmi, dia berharap agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah: "Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik pembedahan pada pagi ini untuk major operation.

"Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala penyakitnya dan dipermudahkan segala urusannya. Angah sayang mak! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan prosedur pembedahan tersebut bakal berjalan selama 11 jam. Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik pembedahan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan. Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nadzmi Adhwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: