30 September 2020

"KEBENARAN AKAN KELUAR SENDIRI, TERPULANG NAK CAKAP APA..." - SUAMI NADIA BRIAN



"Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. Saya percaya Allah akan permudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih. Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri. Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka.

"Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat," kata suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin yang enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan pergolakan rumah tangganya, namun percaya segala kebenaran pasti akan terbukti satu hari nanti.

Isu pergolakan rumah tangga Muizz dan Nadia terus menjadi perhatian apabila timbul dakwaan mengenai kehadiran orang ketiga yang dipercayai aktor Aidit Noh.

Muizz, 29 ketika ditemui berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan terbabit, namun percaya segala kebenaran pasti akan terbukti satu hari nanti.

Sebelum ini, Aidit menerusi sebuah laporan media menafikan dakwaan dia mengganggu rumah tangga pasangan terbabit sebaliknya mendedahkan hubungan dengan Nadia atas urusan kerja semata-mata.

Klik untuk gambar besar


Menurut Muizz, dia mengakui status dia dan Nadia masih suami isteri yang sah selain kontroversi rumah tangga mereka tidak memberi tekanan.

"Status kami masih sah. Jadi buat apa saya nak padam gambar kami. Saya rasa orang boleh nilai sendiri. Saya tak berasa tertekan pun dengan apa yang terjadi sebab Allah ada.

"Macam saya cakap sebelum ini, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan kehidupan. Itu saja yang boleh dikongsi buat masa sekarang," ujarnya.

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial sejak Ogos lalu namun Nadia menafikan dakwaan hubungan mereka sedang dilanda masalah.

Baru-baru ini juga Muizz ada memuat naik gambar dan kapsyen berbaur kekecewaan sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.

Untuk makluman, Muizz dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: