11 September 2020

"KEDAI MAKAN SAYA DI KAMPUNG BARU KENA BANJIR KILAT" - SITI ELIZAD



Semua sedia maklum mengenai banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur semalam. Penyampai radio dan pelakon Siti Elizad menerusi Insta Stories miliknya itu mendedahkan kedai makan bersama rakan kongsinya, Restoran Rencah Utaqa dimasuki air disebabkan banjir kilat.

Elizad, 36, ketika dihubungi, menyatakan dia tidak berada di tempat kejadian dan hanya mengetahui berita itu daripada staf: "Betul.. Kedai makan saya di Kampung Baru kena banjir kilat. Masa tu dalam pukul 5.30 petang, staf tengah setup kedai untuk beroperasi.

"Saya takda dekat situ. Staf bagitahu yang dekat sana dah banjir teruk. Apalagi saya suruh tutup kedai terus. Alhamdulillah tak ada sebarang kerugian yang ditanggung," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon drama 'Jalan Sesat Ke Syurga' itu menganggap semua ini sebagai dugaan kecil dalam dunia perniagaan: "Sebenarnya lagi kesian dekat peniaga yang jual secara kecil-kecilan. Macam mana la keadaan mereka.

"Saya buka kedai ni dengan rakan kongsi yang sama-sama dengan bisnes Roti John. Memang niat kami dari awal nak tolong orang yang kehilangan kerja. Insya-Allah, Allah nak bagi lebih lagi nanti. Kami pun dah ada perancangan untuk tambah cawangan lagi," jelasnya.

Petang semalam ibu kota dilanda banjir kilat akibat daripada hujan yang berterusan sejak jam 2 petang. Antara kawasan terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: