28 September 2020

KONTRAK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UITM VIVY YUSOF KINI TAMAT



Nampaknya tugas usahawan muda Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah ditamatkan hari ini (Isnin).

Berita tersebut diumumkan di laman sosial Instagram UiTM pagi tadi, disamping mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan dan bakti dicurahkan Vivy yang juga pengasas FashionValet dan dUCK Group.

Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (UiTM) pada 26 Mei tahun lalu oleh Kementerian Pendidikan.

Klik untuk gambar besar


Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu selama satu tahun di UiTM dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.

Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah

Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona. Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram UiTM & Vivy Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: