28 September 2020

KERETA UMIE AIDA HAMPIR TERBABAS, SYAK ADA ORANG LETAK BENDA TAJAM



"Benda nak jadi dalam sekelip mata," demikian kata pelakon Datin Seri Umie Aida yang berdepan dengan detik cemas apabila kereta yang dipandunya hampir terbabas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Menurut Umie, 47, dia terpaksa mengawal kereta daripada terlanggar penghadang jalan gara-gara tayarnya pecah. Perkongsian yang dibuat pada Sabtu lalu turut memuat naik keadaan tayar kereta yang hampir pecah keseluruhannya.

"Dekat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dalam perjalanan nak pergi penggambaran. Tengah memandu tetiba rasa something wrong dengan tayar. Dia cuba tolak kereta saya ke penghadang jalan.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah dapat kawal dengan izin Allah. Nasib baik kereta belakang pun menyedari akan keadaan kereta saya. Dapat saya berhenti di tepi jalan ini," tuturnya menerusi Instagram Stories.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Dukun' tersebut mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana berkemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat 'jahat' di jalan tersebut.

"Berhati-hati di jalan raya takut kemungkinan ada orang yang tabur benda tajam. Kita tak tahu. Saya rasa ada sesuatu tadi dekat corner tapi tak apa yang penting selamat," ujarnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: