Menerusi laman Instagram, anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju telah membuat pengakuan dimana dia sudah berkahwin dengan penyanyi rap wanita, Loca B. Perdedahan tersebut sekaligus mengejutkan peminatnya.
Tuju menerusi foto di ruangan Insta Story miliknya mendedahkan status mereka dengan ayat paling ringkas: "I love you my wife," coretnya yang juga dilengkapkan dengan foto Tuju bersama Loca B yang kini sedang hamil.
Manakala menerusi akaun Instagram Loca B pula, penyanyi itu sudah mula mendedahkan bahagian perutnya dengan memuat naik beberapa gambar seakan-akan memiliki 'babybump'.
Klik untuk gambar besar
Ternyata pendedahan itu membuatkan peminat mereka terkedut kerana rata-ratanya menyangka pasangan ini belum mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, Tuju dan Loca B meneriman ucapan tahniah daripada peminat mereka.
"La dah kahwin ke dorang ni baru tahu," komen @blesseyra. - "Happy anniversary Loca B dan Tuju semoga jodoh korang kekal hingga ke Jannah dan sentiasa di lindungi oleh Allah," doa @aienputri_.
Terdahulu, Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali pernah membuat pengakuan dikasari sehingga anggota badannya lebam, namun menarik semula dakwaan terbabit tidak lama selepas pengakuan tersebut dibuat di media sosialnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Loca B & Tuju K-Clique
________________________

No comments:
Post a Comment