09 September 2020

MANISNYA BILA HANNAH DELISHA BERHIJAB



"Thank you all for your kind dua’a. My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan," kongsi Hannah Delisha yang kini bertambah manis bila berhijab.

Menurutnya, dia sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

"Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

"Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar


"Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

"Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung. Tidak, saya bertudung bukan sebab mahu kahwin," tambah pelakon itu mengakui jiwanya semakin tenang apabila menutup aurat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: