08 September 2020

"SAYA MASIH MENYESUAIKAN DIRI..." - SAKINAH AKUI SELEPAS BERCERAI, HIDUPNYA HARU-BIRU



"Hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik," demikian tutur pelakon Sharifah Sakinah.

Selepas hampir empat bulan bergelar ibu tunggal, Sakinah tampil menafikan bahawa dirinya berlagak ego kerana masih belum sedia untuk berbicara soal rujuk semula dengan bekas suami.

Menurutnya, beliau kini dikhabarkan memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

Tambah Sakinah, dirinya juga berasa sedikit lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha.

Disoal berkenaan kehidupan selepas penceraian, Sakinah dilihat tidak segan memaklumkan kepada umum tentang situasi yang melanda dirinya ketika ini. 

Klik untuk gambar besar


Berkongsi mengenai punca perpisahan, Sakinah menyatakan dirinya tidak boleh menjadi isteri yang baik, sedangkan Aliff adalah suami yang sangat baik dan tak pernah mempersoalkan kelakuannya. Malah menegaskan masalah ADHD yang saya alami merupakan salah satu sebab mengapa dirinya memutuskan untuk berpisah.

Sementara itu, Sakinah mendedahkan anak tunggalnya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun sangat bersedih apabila sudah tidak duduk serumah dengan bapanya.

"Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya. Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata," katanya.

Sekadar informasi, Sakinah kini difahamkan sedang menjalani sesi kaunseling dan terapi bersama pakar psikiatri selain turut mengambil ubat mengikut preskripsi.

Sakinah sebelum ini telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha dengan seklali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Putrajaya pada Mac 2015. Bagaimanapun, segalanya runtuh apabila kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei 2020.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Kosmo & Instagram Sharifah Sakinah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: