Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Yatt Hamzah telah berkongsi berita sedih dimana dia tiada rezeki menimang cahaya mata kelima apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan pada petang Selasa.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkata, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, pada malam Isnin.
"Wahai anak bonda yang kelima... tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.
"Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja, rupa-rupanya kamu nak pergi tinggalkan bonda," tulisnya di Instagram pada malam Selasa.
Klik untuk gambar besar
Yatt berkata, dia berasa panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami keguguran. Dia turut meminta peminat dan orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa: "Pengalaman pertama (keguguran) sebak tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kekuatan," ujarnya.
Untuk makluman, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia sembilan bulan.
Yatt turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinannya yang sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Yatt Hamzah
________________________

No comments:
Post a Comment