16 September 2020

MUAT NAIK FOTO MUKA BENGKAK - SYAFIQ FARHAIN NAFI DISENGAT TEBUAN TAPI TANAM RAMBUT



Baru-baru ini, penyanyi Syafiq Farhain menerusi laman Instagram telah berkongsi foto terkini dimana memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengkak dan ia telah menarik perhatian umum.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26, ramai rakan yang bimbang dengan keadaannya dan menyangka dia digigit tebuan. Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan ia disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.

"Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.

"Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut. Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bengkak beberapa hari.

Klik untuk gambar besar


"Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk. Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut," kata Syafiq kepada mStar.

Selain Syafiq, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sayang Maafkan Aku' ini memberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan tersebut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.


Bekas peserta Big Stage musim pertama itu berkata apa yang dilakukannya itu tidak melanggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.

"Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai. Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.

"Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.

"Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Syafiq Farhain

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: