03 September 2020

NABIL MAHIR MOHON MAAF: "SANGGUP BUAT AKAUN PALSU SEKADAR NAK KUTUK MAKI"



"Ramai di Instagram ini, suka caci orang pasal agama, tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar, ramai yang sampai sanggup buat akaun palsu sekadar nak kutuk maki. Seronok ke?" demikian tulis pengacara Nabil Mahir.

Nabil meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang sanggup membuat akaun palsu di media sosial bagi menyembunyikan identiti sebenar. Menurut Nabil, rata-rata golongan tersebut menggunakan pendekatan tersebut untuk semata-mata mahu menghentam pengguna lain.

"Ramai di Instagram ini, suka caci orang pasal agama, tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar, ramai yang sampai sanggup buat akaun palsu sekadar nak kutuk maki. Seronok ke?" kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Luahan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakannya memuat naik sekeping foto berpelukan bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Ekoran gambar tersebut, ruangan komen Instagram miliknya kemudian dipenuhi dengan kritikan netizen. Begitupun, pada masa sama Nabil turut memohon maaf atas segala kekurangan dirinya.

"Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin," coret Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu.

Di ruangan komen, posting tersebut turut mendapat perhatian Ayda yang secara berseloroh meminta pelukan daripadanya: "Hug (peluk) Mehhhhhh!" tulisnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabil Mahir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: