04 September 2020

NOORKHIRIAH TAPIS SEBELUM BUAT REVIEW: "BAHU AKAK DAH BERAT DENGAN DOSA"



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Noorkhiriah, 41, mengakui yang dia terpaksa bertindak tegas sebelum menerima tawaran untuk buat ulasan produk (review) daripada peniaga di platform media sosial.

Menurut Khiriah, tindakannya itu disebabkan sejak kebelakangan ini banyak peniaga yang sanggup tayang 'body' demi melariskan produk. Pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berkongsi perbualan dengan peniaga yang dikehendaki menghantar terlebih dahulu video untuk diperiksa sebelum membuat bayaran.

"Disebabkan akak tak baiklah akak jadi gini. Dan disebabkan sekarang dah terlalu ramai tak kira perempuan tulen atau sebaliknya. Akak minta maaf sebab terpaksa tegas camni. Dah takda segan silu tonjol buah kelapa, cempedak, pisang, betik segala," tulisnya di Instagram (IG).

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, pelakon yang terkenal dengan watak Aishah dalam drama rantaian 'Nur' dan 'Nur 2' menyatakan dia ingin mengelak daripada berkongsi kandungan yang tidak senonoh dan berharap agar semua pihak memahami dengan permintaannya.

"Bahu akak dah berat dengan dosa. Kongsi pun akak dapat saham. Dosa sendiri dah banyak adik. Akak tak baik tapi cuba mengelakkan. Mohon maaf sangat dan terima kasih korang sangat-sangat memahami. Sama-sama lah kita cari redha Allah sebab rezeki ni Allah yang bagi dan punya. Jangan takut tertutup 1 pintu 10 pintu Allah buka. Yakin," tuturnya lagi.

Sebelum ini, penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang sanggup melakukan cara pemasaran produk dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan maruah diri.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: