06 September 2020

REMAJA LELAKI MOHON MAAF - NORA HUKUM IKUT HUKUM AGAMA, MAHU ANAK BERTAUBAT



Isu anak penyanyi Nora Ariffin dengan seorang remaja lelaki, Zuher sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan selepas tular video aksi panas bercumbu yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Enggan isu tersebut terus berpanjangan, remaja lelaki terbabit tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya itu menerusi sebuah video. Dia menyesali perbuatannya itu dan dalam masa sama turut meminta netizen berhenti menyebarkan video berkenaan.

"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya. Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap anak Puan Nora untuk dijadikan viral.

Klik untuk gambar besar

"Saya juga amat menyesali apa yang sudah saya lakukan terhadapnya. Saya juga ingin meminta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video itu. Saya juga ingin memohon maaf atas penularan video berkenaan," tutrurnya dalam video durasi 1.02 saat itu.

Sejak beberapa hari lalu, warganet kecoh apabila video memaparkan aksi sepasang remaja bercumbuan viral di Twitter. Susulan itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin tampil membuat pengakuan bahawa remaja perempuan terbabit adalah anaknya.

Selepas tersebarnya video itu, warganet bukan sahaja mengecam remaja perempuan berkenaan, malah, Nora yang popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema', terkena tempiasnya.


Susulan permohonan maaf remaja itu, Nora berkata dia sudah mendengar semua pengakuan dan sudah memaafkan semua orang. Malah, dia sudah menjalankan tanggungjawab dalam memberi pengajaran kepada anaknya berhubung insiden mengaibkan itu.

Menurut penyanyi 'Hanya Satu' ini, sebagai ibu dia sudah menjalankan tanggungjawab dalam memberi pengajaran kepada anaknya berhubung insiden mengaibkan itu.

"Saya sudah mendengar semua pengakuan dan saya sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama. Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: