06 September 2020

TERBABIT KEMALANGAN - SANDRA BIG STAGE DI ICU, MASIH TAK SEDARKAN DIRI



Pada petang Sabtu, penyanyi dan peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Sandra yang popular dengan lagu 'Hey Kau!' terus dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Difahamkan, Sandra masih tidak sedarkan diri.

Wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Vea Norman ketika dihubungi berkata pihak mereka belum menerima maklumat penuh berhubung kemalangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Ya... Sandra terlibat dalam kemalangan dan dia kini masih di wad kecemasan. Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor dan kami masih menantikannya.

"Ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage.

"Buat masa sekarang, saya belum dapat maklumat penuh macam mana kemalangan itu berlaku tapi pihak kami sedang uruskan untuk dapatkannya," kata Vea.


Dalam masa sama, Vea meminta peminat mendoakan kesejahteraan penyanyi yang berasal dari Sabah itu: "Keluarga Sandra ada menemaninya di hospital. Doakan Sandra agar segala-galanya dipermudahkan," tuturnya.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: