24 September 2020

"SELAMAT ULANG TAHUN NOAH.." - BCL SAMBUT BIRTHDAY ANAK PERTAMA KALI TANPA SUAMI DISISI



"Kulihat dia tersenyum. Dalam kehilangannya yg begitu besar. Berusaha menerima. Yang Tuhan takdirkan untuknya. Semoga bisa bahagia. Harapku untuknya. Apapun jalannya. Ku kan berjuang untuknya.

"Separuh diriku. Separuh dirimu. Bersatu dalam jiwa. Malaikat kecil penyelamat hidupku. Betapa dia penuh harapan. Betapa dia penuh percaya. Betapa dia penuh cinta. Dalam hidupnya yg baru saja berubah.

"Tangan kecilnya memegangku. Suaranya menyentuh hatiku. Senyumannya menenangkanku. Dialah malaikat kecilku. Tuhan hanya kuminta. Berikanlah waktu panjang untukku merawatnya. Dia layak bahagia. Dan mendapatkan yg terbaik untuk hidupnya.

Klik untuk gambar besar


"Selamat Ulang Tahun Noah.. ❤️ Little celebration for the not so little boy.. Happy bday Noah..! Mommy loves you, always..," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon, Bunga Cita Lestari sempena hari ulang tahun kelahiran anaknya, Noah Aiden Sinclair yang ke-10.

Menerusi laman Instagram, Bunga atau lebih mesra disapa BCL itu telah berkongsi momen menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya. Majlis sambutan hari jadi tersebut disambut dengan serba sederhana serta ringkas bersama ahli keluarga terdekat.


Ini merupakan pertama kali bintang tersebut meraikan majlis hari jadi anaknya tanpa arwah suami, Allahyarham Ashraf Sinclair. Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada menitipkan ucapan buat anak pertamanya itu.

Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.

Ashraf yang sinonim menerusi penglibatannya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Bunga Citra Lestari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: