29 September 2020

"SERIOUSLY BRO, TOO MUCH!... SEE YOU IN COURT!" - SYAMSUL YUSOF MAHU SAMAN YOUTUBER



Semua sedia maklum mengenai isu rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang kini sedang hangat diperkatakan dan sehingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya.

Namun begitu, nampaknya ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak mengambil kesempatan menggunakan hal rumah tangganya untuk meraih tontonan di laman YouTube.

Menuduh dirinya curang dengan meletakkan tajuk 'TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah', Syamsul meluahkan rasa berang dalan satu rakaman video menerusi laman Instagram miliknya terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama 'Cabik Geronong'.

Ini kerana Youtuber tersebut telah menjadikan kisah rumah tangga pengarah dan pelakon itu sebagai modal sensasi berbaur fitnah. Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku curang terhadap isteri adalah fitnah.

"Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya ID. Too much brother!

"Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my fu***g name bro. Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.

Klik untuk gambar besar


"Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa ntah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi," katanya.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan terkini, video yang kandungannya dipercayai mengenai masalah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana itu sudah tiada di saluran YouTube tersebut.

Sebelum ini, isteri kepada Syamsul iaitu Puteri Sarah membuat pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

Dalam pada itu, enggan berdiam diri, Syamsul bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut yang membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.


"Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah. Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit.

"Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni. Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain.

"Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in court la," ujarnya.

Sementara itu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, juga akan melantik peguam yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada pihak saluran itu:

"Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga. Come on la respect people. Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like sh** man. Malas cakaplah, see you in court!" tegasnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Syamsul Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: