29 September 2020

BILA AYDEN RINDU DADDY, MERONTA-RONTA MENANGIS NAK MASUK SINGAPURA



Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah berkongsi satu video dimana anak sulung, Mohamad Ayden Adrean yang sedang menangis sambil menyebut 'daddy', penyanyi dan pelakon Alif Aziz berulang kali yang kini berada di Singapura.

Lebih perit, cahaya mata sulung mereka itu dilihat makin teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah kerana menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk berjumpa dengan bapanya: "Daddy, daddy... Ayden tak nak masuk dalam rumah... Ayden nak masuk Singapore...," katanya.

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, yang juga ibu kepada dua anak menyatakan ini bukan kali pertama Ayden berkelakuan sedemikian rupa.

"Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya," tulis Bella.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat Ayden dan berharap Bella dapat terus bertabah. Malah tidak lupa juga, ramai dalam kalangan peminatnya turut mendoakan agar segala urusan keluarganya sentiasa dipermudahkan.

Dalam satu temubual bersama media sebelum ini, Bella memaklumkan beliau sudah tidak bertemu dengan suami semenjak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff kerana larangan rentas sempadan negara.

Lebih menyakitkan, Bella bagai tidak henti-henti diuji apabila Aliff disahkan dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: