19 September 2020

SUAMI BERSELERA & PUJI MASAKAN MIRA FILZAH - ADA NETIZEN MULA 'MUNTAH'?



Ramai sedia maklum bahawa kisah perkahwinan Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar, sering memenuhi dada akhbar, laman web dan menjadi modal laman sosial. Malah kisah dan momen mereka juga boleh dikatakan terlalu banyak hingga ada yang mula bosan dan kononnya rasa nak 'muntah' membacanya.

Terkini, Mira juga ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam sambil dibantu Emir yang dikatakan ringan tulang membantu di dapur.

Selesai memasak dan menjamu selera suami, Emir memuji masakan yang disediakan oleh isteri.

"Yeay habis. Seriously, deliciously good!" tulis suaminya.

Sementara Mira pula meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera.

Klik untuk gambar besar


Perli segelintir netizen, mungkin kisah mereka berdua ini akan menjadi drama bersiri yang panjang hingga Mira dan suaminya mempunyai cucu!

"korang semua bertabahlah... blum part mengandung anak sulung lagi ni.. part morning sickness belum keluar lagi ni.. panjang lagi cerita ni...bertabah semua.. kita boleh harungi cabaran ni.. kita boleh!!!" komen mereka penuh kelucuan.

"Saya dah kahwin 18 tahun, suami masih ke pasar masih ringan tangan buat kerja rumah. Kalau setakat fasa honeymoon Terlalu awal dik," tambah yang lain.


"Ni baru episode 3. Episod 1 aritu kawin. Episod 2 aritu bercuti. Ni episod 3 pulak. Banyak lagi episod tak release lagi. Sabar ye semua," tulis merela lagi.

Ha ha... lucu sungguh gelagat netizen ni. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan perkahwinan artis popular yang memang panjang ceritanya hingga beranak dan bercucu.

Kesimpulannya, bukan Mira yang minta kisah mereka disensasikan... tetapi peminat tegar mereka, pemberita dan laman sosial yang hauskan berita. Sekiranya Mira update atau upload gambar dan cerita baru di IG, Twitter atau FB, pastinya ia akan menjadi modal buat mereka. Bertabahlah!






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: