23 September 2020

TAK KISAH DIKECAM, TERUS BERKARYA - CHAZY NASH SUDAH BUANG VIDEO 'PRANK' GELANG PINK



"Tak sangka begitu ramai yang kecam sampai ke tahap sekarang ni. Walaupun ada juga yang kata ok ja video tu, tapi saya tak mampu nak buat apa-apa. Ya saya setuju. Saya tak patut post content sebegitu. Alhamdulillah, video pun saya dah delete.

"Selepas ni kalau saya nak buat content lagi, saya kena lebih berhati-hati lah. Pesanan kepada semua juga, benda ni takleh buat main-main. Memang niat kita nak hiburkan orang sahaja, tapi jangan sampai jadi kes macam saya ni. Naya Pak Karim!

"Memang selalu duk buat dah video macam ni, tapi kali ni nasib malang sikit. Takpa, saya terima kesalahan saya ni. Minta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga frontliner kita. #kitajagakita," tulis personaliti media sosial, Chazy Nash.

Klik untuk gambar besar

Dalam entri yang lain, Chazy Nash tidak kisah dengan kecaman diterima selepas tular video lakonan memakai gelang pink di tempat awam. Menurut Chazy Nash, dia tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai oleh segelintir pihak.

"Jadi kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke Instagram saya. Jangan segan-segan 'follow' saya. Tak suka video saya, nak kecam, kecam lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya. Terima kasih kepada semua yang sokong, Alhamdulillah syukur.


"Nak cakap pasai isu sensitiviti, ampa pi 7E tolong la pakai sentiasa 'mask'. Masuk kedai runcit walaupun sat ja, tolong la 'scan' mysejahtera. Ampa pi cucuk duit kat bank, tolong jaga jarak 1 meter. KITA JAGA KITA! Baru betul. Sekian," katanya.

Video menimbulkan kontroversi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu. Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chazy Nash

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: