08 September 2020

TIZ ZAQYAH DITEGUR BUAT 'REVIEW' TAYANG ASET, TIDAK TAPIS



Jika sebelum ini, usahawan Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di laman Instagram, terkini pelakon Tiz Zaqyah pula menerima kecaman warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review).

Tiz menerusi Instagram miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung. Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain.

Klik untuk gambar besar


"@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri. - "@_.mhdamirull: Zina mata. - "@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni.

"@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni. - "@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini? - "@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak.


"@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam... Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam: "@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia.

"@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz," antara yang ditulis.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tiz Zaqyah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: