08 September 2020

ROSLAN SHAH TEMUI KEMENYAN DIKEDAI MAKAN MILIKNYA: "INI BUKAN KALI PERTAMA"



"Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, saya terjumpa pasir yang ditabur di kedai saya. Tengah hari semalam, ada kemenyan hitam pula," demikian kata pengacara, pelakon dan penyanyi, Roslan Shah.

Roslan menerusi laman Instagram dan Facebook telah berkongsi foto kemenyan berwarna hitam dibungkus dalam plastik yang ditemui di kedai makan miliknya dalam keadaan aneh.

Roslan yang berada di Singapura ketika dihubungi berkata, itu bukan kali pertama dia menemui barang 'pelik' di kedainya yang dibuka sejak 26 Julai lalu di Pasar Geylang Serai, Singapura.

Klik untuk gambar besar


Roslan juga bersyukur kerana Allah menggerakkan hatinya untuk memeriksa bahagian atas almari tempat dia menyajikan makanan.

"Terima kasih Allah kerana buat saya terfikir untuk meraba-raba bahagian atas tempat letak makanan. Ada lagi jenis manusia seperti ini. Masya-Allah. Kan rezeki itu Allah yang beri. Tak takut dengan Allah?" tuturnya.

Roslan bagaimanapun enggan memanjangkan perkara itu dan memaafkan individu yang melakukan perkara syirik itu: "Tak apa. Saya maafkan orang seperti ini walaupun ada niat jahat terhadap peniaga seperti saya," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Roslan Shah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: