08 September 2020

SAFIEY ILLIAS: "TAK LAMA LAGI RATU AKAN MENYUSUL PULAK..."



Usahawan kosmetik Safiey Illias menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik kenyataan yang seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Dalam entri tersebut, Safiey mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

"Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

Klik untuk gambar besar


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak sabar menanti hari bahagia pelantun lagu 'Syinta Gila' itu. Malah, ada yang berpendapat majlis itu akan menjadi 'Wedding Of The Year'.

Bagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan hidupnya. Terdahulu, Safiey menjadi tumpuan ramai orang selepas sering berkongsi tentang pembedahan yang dilakukannya kepada umum.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Safiey Illias

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: