08 September 2020

BILA RAMBUT JEP SEPAHTU KEMBALI PENDEK



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Sari Yanti telah berkongsi video terkini suaminya, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang kembali tampil dengan stail rambut pendek.

Terdahulu, Jep sinonim dengan stail rambut panjang cecah telinganya. Menerusi dua lampiran video pendek, perkongsian yang dimuat naik ibu kepada empat cahaya mata itu mendapat reaksi pelbagai peminat.

Rata-ratanya memuji penampilan Jep selain ada yang menyifatkan penampilan terkini itu lebih sesuai dengan statusnya kini. 

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka sepasang cahaya mata.

Sementara itu menerusi perkahwinan pertama, Sari turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: