03 October 2020

4 BULAN KAHWIN - PUTERI SARAH DEDAH HAMIL LUAR RAHIM, KEGUGURAN & NYAWA HAMPIR MELAYANG



"Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014. Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan... sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

"Apabila kena Ectopic pregnancy tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!" demikianlah kata pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi Instastory pada Jumaat.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu berkongsi pengalaman menakutkan apabila dia mengalami keguguran selepas empat bulan berkahwin. Akibat kehamilan luar rahim, Sarah, 34, berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera.

Klik untuk gambar besar


Sarah turut berkongsi foto isteri kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen yang mengalami keguguran, baru-baru ini. Sementara itu, Sarah memberitahu dia mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan nyawanya berkemungkinan melayang jika lambat menerima rawatan.

"Dahlah masa itu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman. Kalau tak cepat-cepat (menerima rawatan) dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!," ujarnya.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Sumayyah yang kini berusia setahun.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Puteri Sarah Liyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: