"Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan. Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri," demikianlah kata pelakon Sarah Hildebrand ketika dihubungi yang mengesahkan tidak lagi berhijab.
Sarah mmeberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan turut berterima kasih kepada netizen yang terlalu cepat menghukumnya.
Semalam, perkongsian Sarah mengejutkan ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya tidak berhijab bersama suami, Otto Gillen menerusi laman Instagram.
Pada awalnya, rata-rata peminat menyangkakan Sarah memuat naik foto lama, namun menerusi perkongsian di Insta Story miliknya Sarah tidak lagi memakai tudung. Malah, Sarah sendiri sudah mengesahkan dia tidak lagi berhijab.
Klik untuk gambar besar
Sarah juga dilihat turut memuat naik status di Insta Story mempersoalkan sikap sesetengah manusia yang dilihat warak, tetapi pantas menyebarkan kebencian dan tidak bertimbang rasa.
"Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant? (Mengapa kita yang mempunyai agama juga adalah orang yang mempunyai kebencian dan tiada toleransi?)" soalnya.
Sarah menerusi sebuah video di Instastory menjelaskan soalan yang diajukannya itu hanya untuk menjadi renungan bersama dan tidak memerlukan jawapan.
Sarah juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan terus memberi sokongan kepadanya tanpa menilai dirinya.
"Status ini hanya bersifat persoalan. Saya tak mahukan jawapan pun atas persoalan ini. Ia lebih kepada sudah terang lagi bersuluh. Saya biarkan kalian berfikir mengenainya.
"Soalan terakhir di Instastory saya itu sebenarnya 'rhetorical question'. Jika anda tidak tahu apa maksudnya, itu bermakna saya tidak mahu jawapannya.
"Lebih kepada soalan yang sudah ada pernyataan dan anda perlu renungkan. Fikirkan sebentar saja. Saya ingin berterima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan memberi sokongan tanpa menilai.
"Anda tahu, saya mahu berterima kasih dari lubuk hati saya. Seronok melihatnya sebab kita tak tahu apa yang orang itu sedang lalui," kata pelakon drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' itu.
Untuk makluman, Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand mula mengenakan hijab sejak September 2015. Sarah berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, mStar, Instagram Sarah Hildebrand & Otto Gillen
________________________

No comments:
Post a Comment