15 October 2020

SHUIB MUAT NAIK FOTO TERBARU BERSAMA KERETA - IESYA TOH DIPUJI BERANI MOHON MAAF



Semua mengetahui mengenai isu dimana pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sedang dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram dan sindiket Macau Scam. Malah timbul dakwaan mengatakan kereta milik Shuib kena sita selepas berkait rapat dengan siasatan terhadap kes tersebut.

Terkini, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu telah memuat naik foto terbaru bersama isteri dan kereta mereka dan telah mendapat pelbagai reaksi.

Ia termasuk komen yang mengheret nama pengacara dan penyanyi Iesya Toh ke dalam ruangan komen dan mendesak personaliti tersebut memohon maaf kepada Shuib.

Antara komen tersebut mendakwa, Iesya sebelum ini pernah memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), mengaitkan Shuib dengan kes penggubahan wang haram dan Macau Scam.

Klik untuk gambar besar



Menyedari namanya disebut pada ruangan komen di IG Shuib, Iesya memohon maaf kerana dengan tindakan yang membuat hantaran semula (repost) dari Facebook (FB), foto pacuan empat roda yang dikatakan milik pelawak tersebut.

Tidak melenting namanya ditagged oleh netizen, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) itu secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Shuib: "Minta maaf @shuibsepahtu post pic kereta u, even repost from FB," tulisnya.

Walaupun sudah memohon maaf dan tindakan tersebut menjadi perdebatan warganet, ada pengikut IG yang memuji Iesya kerana berani tampil di laman sosial suami kepada Siti Sarah itu.

"Love U Iesya, humble straight to the point. Berani kerana benar, salah minta maaf…simple!," komen sorang pengikut.



"Love U more, tak kurang seringgit pun dengan minta maaf. Pic (gambar) tu SPRM yang keluarkan. Apa yang penting kes lagi besar sedang berjalan. Kita doakan agar yang salah boleh dibongkarkan oleh Allah SWT," balas Iesya.

Selain itu menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, Shuib turut memberi respon kepada Iesya: "Terima kasih sebab banyak sebar dan fitnah saya. Saya doakan semoga awak diberkati dan dirahmati selalu," tulisnya.

Sementara itu, Iesya ketika dihubungi enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu: "Saya minta maaf, saya tidak ada apa-apa komen lagi tentang perkara ini," jawabnya ringkas.

Dalam pada itu Iesya menerusi sebuah hantaran di IGnya berkata dia hanya menulis berdasarkan rekod awam. Hantaran tersebut turut mendapat sokongan pengikutnya di IG yang tidak putus-putus memberikan kata-kata positif dan semangat agar Iesya terus menyalurkan informasi terkini di laman sosialnya.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak,Instagram Iesya Toh, Shuib sepahtu & Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: