04 October 2020

AL-FATIHAH - NENEK ZIZAN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada pelawak dan pelakon, Zizan Razak, 36, atas kehilangan nenek tercintanya, Zainoon Abdullah yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi, hari ini.

Zizan yang berkongsi berita sedih menerusi laman Instagram miliknya itu meminta doa daripada semua untuk disedekahkan kepada arwah.

"Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 11.57 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Awal pagi tadi, pelakon 'Polis Evo' terbabit sempat memuat naik fotonya melawat neneknya di hospital sebelum pulang ke Kuala Lumpur (KL).

"Wan, adik balik KL ya wan. Adik kena balik sebab penggambaran. Nanti, adik balik Dungun lagi jumpa Wan ok. Wan kena kuat sampai sihat. Saya sayang wan," kata pelakon filem 'Abang Long Fadil'.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen yang juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Awal September lalu, Zizan bersama keluarga bergegas balik ke Dungun selepas mendapat tahu neneknya itu jatuh sakit. Keadaan arwah ketika itu masih stabil menurutnya.

Zizan memberitahu keadaan neneknya semakin uzur dan sedang didiagnos kerana disyaki hidap kanser. Menurut Zizan, dia enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Zizan Razak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: